Sunday 17 February 2013

CARA UNTUK MUDAH TIDUR MALAM



Memandangkan ini merupakan entri aku yang pertama,aku cuba untuk mencari ilham untuk di semakkan di blog aku ni...Semester baru dah bukak,aku rasa kebanyakkan mahasiswa/mahasiswi termasuk aku sendiri mempunyai masalah untuk tidur apda waktu malam. Waktu tidur yang cukup sangatlah penting bagi manusia kerana waktu tidur yang kurang akan menjejaskan kesihatan kita seperti mempunyai masalah berat badan, kemurungan , masalah pada jantung dan masalah kesihatan yang lain. Malah turut aku sendiri mempunyai pola tidur yang sangat buruk iaitu selagi tidak namanya 3 atau 4 pagi mata aku tidak akan layu. Hal ini bermula apabila aku bergelar mahasiswa, maklumlah terpaksa berjaga semata-mata untuk menyiapkan "assignment"...tuu pun bila aku buat assigment last minute la....hehe..Hal ini berlarutan sehingga sekarang. Malah bila cuti semester,aku balik rumah mata aku memang tidak boleh lelap selagi jarum jam panjang dididing tidak menunjukkan pada pukul 3 atau 4. Selepas subuh baru aku tidur mati dan bila bangun pula di siang hari dengan keadaan badan yang lemas dan tidak bersemangat.

Kebiasaannya orang yang memiliki pola tidur yang buruk akan memiliki pola makan yang buruk juga, dan itulah yang saya alami.

Bagi anda yang memiliki pola hidup seperti saya, saya cadangkan agar anda mengubahnya kerana bagi saya pola tidur sedemikian melawan fitrah kita sebagai manusia. Dibawah terdapat 10 cara-cara untuk tidur pada waktu malam iaitu

1. Paksakan diri untuk tidur pada waktu malam sahaja
Cara yang pertama ini agak sukar apabila ia memang sudah menjadi tabiat kita yang tidur pada lewat malam. Walaubagaimanapun dengan menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti di siang hari seperti main “game”, melayari internet, study ke  dpt melupakan kita tentang tidur di siang hari dan akan menyebabkan kita berasa letih dan mudah tidur pada waktu malam.

2.Berolahraga

Para kesihatan mengesyorkan kepada kita untuk berolahraga sekurang-kurangnya 3kali dalam seminggu. Namun mungkin ada di antara kita yang sudah bosan mendengarkan nasihat ini. Pada pendapat saya hendak seribu daya tak hendak seribu dalih kan..hahaha hanya orang yang malas sahaja yang akan mengatakan bosan dengan cara ini. Untuk makluman anda,berolahraga mempunyai banyak manfaat seperti dapat membantu anda agar cepat tidur di malam hari dan anda memperoleh tidur yang berkualiti


3 Jadual waktu tidur

Sesiapa yang menginginkan waktu tidur yang baik perlu mempunyai pola tidur yang teratur. Hal ini demikian pola tidur yang teratur adalah penting untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Maka anda perlu membuat jadual waktu tidur anda untuk mendapatkan pola tidur yang teratur. Contohnya hari ini anda tidur pada pukul 9malam,esok malam pula anda perlu tidur pada pukul 9 malam dan begitulah pada hari seterusnya. Hal ini secara tidak langsung akan membantu meningkatkan metabolisme dalam tubuh anda berjalan baik.

4. Jangan mengambil makanan yang berat sebelum tidur

Pastikan anda tidak mengambil makanan yang berat atau terlalu banyak sebelum tidur. Makan malam yang ringan sangatlah disarankan. Saat ini sering saya mendengar orang-orang melakukan diet di malam hari. Banyak rakan-rakan saya mulai melakukan hal ini : mereka makan sedikit nasi atau bahkan tidak makan nasi sama sekali, hanya lauk pauk dan sayur-sayuran saja. Hal ini baik sekali. Perut yang sangat penuh dapat membuat anda kesulitan untuk tidur. Jika anda masih merasa lapar, disarankan mengambil buah-buahan saja dibanding ’junk food’.

Saya pernah mendengar nasihat dari orang yang berjaya dan bijak, diusianya yang sudah berkepala 6 namun tetap bertenaga seperti usia 40 tahun : ”cukup tidur, banyak minum dan makan jangan terlalu kenyang.”

5. Jangan makan berlebihan pada waktu malam
Seeloknya kita wajar mencontohi budaya orang Cina iaitu hanya makan sebelum maghrib iaitu pada waktu petang. Elakkan makan pada waktu malam apatah lagi lewat malam. Hal ini kerana perut yang penuh menyebabkan perut masih belum dapat melakukan proses pencernaan yang sempurna. Kurangkan makan makanan ringan.
Ya, nasihat yang sangat sederhana namun dapat membuat orang berumur panjang.

6. Hindari makanan dan minuman yang menyebabkan insomnia

Kita hendaklah mengamalkan cara hidup yang sihat dengan hanya makan makanan yang berkhasiat. Untuk mengelakkan sukar tidur pada waktu malam, Hindarilah tabiat meminum minuman berkafien seperti Tongkat Ali, Nescafe, Kopi dan sebagainya dan juga hentikan tabiat merokok. Hindari juga minuman yang membekalkan tenaga seperti 100plus, revive, redbull dan sebagainya kerana tenaga yang berlebihan akan turut menyebabkan kita sukar umtuk tidur.

7. Matikan komputer anda

Jika anda adalah penggila computer samada untuk melayari internet atau bermain “game”,anda membuat jeda antara anda berhenti bermain komputer dengan saat sebelum anda naik ke atas ranjang anda, minimal ½ jam. Biasanya kita akan mengalami kesulitan untuk tidur jika kita langsung berbaring sehabis menggunakan komputer. Relaxkan otak anda sejenak, kerana otak anda masih ‘panas’ saat itu.

Memang kadang-kadang sulit untuk melakukan hal ini, kerana aku juga mengalami keadaan ini .Namun saya juga merasakan jika otak saya telah dingin, saya menjadi lebih cepat untuk tertidur.


8. Kemaskan katil / tempat tidur
Untuk mendapatkan tidur yang berkualiti serta nyenyak, sebelum tidur kita hendaklah rapikan dahulu kamar. Cadar ditarik cekang...selimut dilipat dan diletakkan sebelah kaki dan bantal disusun mengikut formasi keselesaan kita sama mcm aku, aku selesa 2 bantal di kepala, satu untuk peluk dengan satu lagi untuk disendal sebelah tepi. Apabila tempat tidur kita selesa, kita akan mudah untuk terlena.

9. Belajar dengan serius pada malam hari
.

Untuk mudah tidur terutama pada minggu peperiksaan. Elakkan daripada mengulangkaji pelajaran awal2. Study last minute...Paksa diri baca buku2 pelajaran terutama buku2 yang sukar untuk difahami dan menggunakan bahasa yang tinggi. Melalui cara ini, otak akan berasa letih dan mudah untuk terlelap dengan automatik.

10. Padam lampu dan tutup laptop.
Akhir sekali, untuk mudah tidur pada waktu malam, sila padamkan lampu , kunci pintu dan jangan lupa  tutup laptop. Hal ini demikian apabila kita berada dalam persekitaran yang gelap dan sunyi-sepi, kita akan mudah berasa jemu dan akhirnya akan terlelap dengan sendiri.


p/s:SELAMAT MENCUBA YE !!!